「 rusydee 」

mana milik kita? tidak ada milik kita. ˙ɐʎund ƃuɐʎ ɥɐןן∀ 'ɐpɐ ƃuɐʎ ɐnɯǝs

Dec 15, 2010

0 Tangga Taqwa



 selepas (sila klik gambar utk besarkan ye)
sebelums

Assalamualaikum wbt

Saya selalu terfikir kalaulah taqwa tu sesenang naik tangga. Tapi sebenarnya memang senang pun status taqwa tersebut. Siapa kata susah? Yang susahnya adalah istiqamah. Istiqamah maksudnya tetap pendirian, teguh berdiri, kukuh tak bergoyang walaupun badai melanda. Bayangkan korang di tengah lautan sekarang, kayuh perahu je. Tiba-tiba ribut melanda, bagaimana nak pertahankan perahu dan diri korang dalam keadaan macam tu?

Yang menjadikan kita tidak istiqamah sebenarnya adalah penyakit malas dan penyakit gatal. Penyakit malas ni sejak kecil lagi sejak dari baby lagi dia ada. Sampai masuk sekolah, masuk U, rasa malas nak study dan macam-macam alasan lagi. Poin utama berpunca dari malas sahaja sebenarnya. Jadi macam mana nak atasi penyakit malas? Cari orang yang rajin. Betul saya kata ni, cari orang yang rajin kemudian dekati dia, berkawan dengan dia. Contohnya orang tu rajin solat, rajin qiyamullail (ibadah malam)..kita join dia. Follow dia. InsyaAllah rajinlah kita. Sama juga dalam pelajaran dan mencari ketaqwaan. Konsep imam-makmum dah lama Islam praktikkan zaman berzaman. Budaya follow imam, hidup dalam jemaah. Taat dan dengar, patuh dan ikut. Ikut yang baik sahajalah. Kita sama-sama cuba ye, nak?

Penyakit gatal pula. Yang ni memang menular. Gatal dengan suasana. Contohnya tak boleh tengok drama Korea kat tv, terus terduduk laju-laju depan Tv. Syok tengok cite Korea ni. Saya juga terpengaruh. Huk2. Dalam proses nak jadi org bertaqwa, syaitan akan berupa macam-macam. Dalam rupa awek cun, dalam rupa laki segak, rupa harta, rupa wang, pangkat dan segalanya. Dorang sebarkan kegatalan pada kita supaya kita terasa gatal nak dapatkan. Dah dapat, barulah hilang gatalnya. Gatal, cari ubat. Tapi kegatalan kita itulah buat kita menurun dari tangga taqwa. Setuju tak?

Wassalam.

Dec 13, 2010

2 Pasangan Yang Menenangkan



 selepas (klik utk besarkan gambar)
sebelum

Saya percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?

Saya pun begitu juga. Saya tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn saya. Juga tanak terlalu bijak kerana saya jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang saya sudah tahu akan kebenarannya. Juga saya tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan saya milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua saya tak suka.Bagi saya la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, saya nak berubah.

Saya dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah saya kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang saya tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu.

Jadi, sama-samalah kita amalkan doa seperti dalam al-Quran al-Karim syorkan:

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. " [Al-Furqan(25):74]
 Wassalam.

previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat