mana milik kita? tidak ada milik kita. ˙ɐʎund ƃuɐʎ ɥɐןן∀ 'ɐpɐ ƃuɐʎ ɐnɯǝs

Dec 15, 2010

0 Tangga Taqwa



 selepas (sila klik gambar utk besarkan ye)
sebelums

Assalamualaikum wbt

Saya selalu terfikir kalaulah taqwa tu sesenang naik tangga. Tapi sebenarnya memang senang pun status taqwa tersebut. Siapa kata susah? Yang susahnya adalah istiqamah. Istiqamah maksudnya tetap pendirian, teguh berdiri, kukuh tak bergoyang walaupun badai melanda. Bayangkan korang di tengah lautan sekarang, kayuh perahu je. Tiba-tiba ribut melanda, bagaimana nak pertahankan perahu dan diri korang dalam keadaan macam tu?

Yang menjadikan kita tidak istiqamah sebenarnya adalah penyakit malas dan penyakit gatal. Penyakit malas ni sejak kecil lagi sejak dari baby lagi dia ada. Sampai masuk sekolah, masuk U, rasa malas nak study dan macam-macam alasan lagi. Poin utama berpunca dari malas sahaja sebenarnya. Jadi macam mana nak atasi penyakit malas? Cari orang yang rajin. Betul saya kata ni, cari orang yang rajin kemudian dekati dia, berkawan dengan dia. Contohnya orang tu rajin solat, rajin qiyamullail (ibadah malam)..kita join dia. Follow dia. InsyaAllah rajinlah kita. Sama juga dalam pelajaran dan mencari ketaqwaan. Konsep imam-makmum dah lama Islam praktikkan zaman berzaman. Budaya follow imam, hidup dalam jemaah. Taat dan dengar, patuh dan ikut. Ikut yang baik sahajalah. Kita sama-sama cuba ye, nak?

Penyakit gatal pula. Yang ni memang menular. Gatal dengan suasana. Contohnya tak boleh tengok drama Korea kat tv, terus terduduk laju-laju depan Tv. Syok tengok cite Korea ni. Saya juga terpengaruh. Huk2. Dalam proses nak jadi org bertaqwa, syaitan akan berupa macam-macam. Dalam rupa awek cun, dalam rupa laki segak, rupa harta, rupa wang, pangkat dan segalanya. Dorang sebarkan kegatalan pada kita supaya kita terasa gatal nak dapatkan. Dah dapat, barulah hilang gatalnya. Gatal, cari ubat. Tapi kegatalan kita itulah buat kita menurun dari tangga taqwa. Setuju tak?

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat